HOT : @anwaribrahim Menggigil Ketakutan!!!
Senator Datuk S Nallakaruppan tidak akan mengendahkan notis guaman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukannya memohon maaf kerana menuduh ketua pembangkang seorang biseksual.
Sebaliknya, Nallakaruppan - yang juga bekas rakan baik Anwar - berkata, beliau akan menunggu Anwar untuk menyamannya di mahkamah.
"Saya tidak akan endahkan notis ini dan akan terus bercakap mengenai Anwar.''
"Saya sangat berbesar hati jika Anwar membawa perkara ini ke mahkamah. Mahu bawa perkara ini ke mahkamah minggu depan pun boleh.
"Saya bersedia jumpa dia dan akan dedahkan banyak perkara lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir sama pada sidang media itu bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor, bekas setiausaha peribadi Anwar, Anuar Shaari dan ahli perniagaan Umi Hafilda Ali yang kini bersama-sama berikrar untuk menjatuhkan ketua umum PKR itu.
Umi: Anwar akan lari tak cukup tanah
Nalla sebelum ini mendakwa Anwar seorang biseksual dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.
Ekoran itu, beliau dan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu mendapat notis permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM100 juta.
Sementara itu, Umi Hafilda yang konsisten menjelajah ke seluruh pelosok negara bagi menyerang Anwar berkata akan mendedahkan pelbagai lagi "bukti" mengenai perilaku Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang.
Antaranya, menurut Umi Hafilda lagi, beliau mempunyai gambar menunjukkan Anwar, Nallakaruppan dan wanita yang dirujuk sebagai "Shamsidar" dalam sebuah kereta.
"Banyak lagi bukti-bukti. Saya akan buat (timbalan presiden PKR) Azmin (Ali) dan Anwar lari tak cukup tanah.
"Sekarang saya tunggu perdana menteri umumkan bila pilihan raya dan saya akan dedahkan semuanya," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan