Isu Ubahsuai Pejabat Exco RM300K: Perangkap @AzminAli Untuk @Khalid_Ibrahim??!



Kenapa agaknya Khalid Gagap ambil keputusan untuk HALALKAN sahaja RM 300K wang rakyat Selangor yang dihabiskan untuk ubah suai pejabat Exco Agama Selangor? Malah beliau siap pertahankan Hasan Ali lagi dengan mendakwa bahawa segala perbelanjaan dan perolehan yang dibuat adalah mengikut peraturan dan undang-undang kewangan.

Adakah beliau khuatir yang Hasan Ali akan mendedahkan siapa yang telah mendapat projek rundingan terus bagi kos pengubahsuaian pejabat yang semahal harga sebuah rumah teres sederhana mewah itu?

Atau beliau khuatir yang pejabat mewah yang baru diwarisinya itu sebagai exco agama yang baru bakal menjadi tumpuan umum dan fokus siasatan SPRM? Ini adalah kerana Hasan Ali tidak sedikit pun terkesan daripada pendedahan yang dibuat oleh jambu nombor wahid Anwar ini.

Atau adakah ini semua berkaitan serangan halus terbaru Azmin ke atas Khalid dengan berselindung di sebalik nama Hasan Ali?

sumber: MYMASSA

0 comments:

Catat Ulasan