Pendedahan Eksklusif Helah Pro-Mahasewel !!


Ketika demonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi pada Jumaat lepas, (SINI dan SINI) kumpulan mahasiswa pro-pembangkang telah mengemukakan tiga tuntutan untuk dipertimbangkan oleh pihak kementerian khususnya Dato’ Seri Khaled Nordin selaku menteri yang bertanggungjawab.

Antara tuntutan tersebut, yang paling menarik ialah gesaan supaya pilihanraya kampus bebas daripada sebarang pengaruh politik luar. Kenapa ia menarik?

Pertama, tuntutan tersebut sebenarnya ibarat kempen terbaru daripada kumpulan mahasiswa pro-pembangkang ini. Tetapi kempen kali ini kelihatan agak melucukan kerana ia ibarat mengajak seluruh mahasiswa meludah ke muka mereka, dan mereka sendiri sedang meludah ke muka masing-masing.

Siapa sebenarnya yang sedang membawa masuk pengaruh politik luar ke dalam kampus? Pilihanraya kampus yang diadakan selama ini sebenarnya adalah platform bagi mahasiswa memilih perwakilan dari kalangan mahasiswa sendiri untuk menjadi pemudah cara antara pihak universiti dan kumpulan mahasiswa keseluruhannya.

Cuma ia dilaksanakan melalui sistem yang mirip kepada perlaksanaan pilihanraya sebenar di luar kampus. Hal ini bertujuan antara lain untuk mendedahkan mahasiswa kepada sistem pilihanraya dan amalan demokrasi negara sebelum mereka dikembalikan kepada masyarakat.

Malangnya, kumpulan mahasiswa pro-pembangkang ini terlalu ghairah dengan politik kampus sehingga meletakkannya mengatasi segala kepentingan lain termasuk matlamat sebenar mereka ke universiti.

Kerana itu jugalah terdapat sebilangan pemimpin utama kumpulan mahasiswa ini mengalami masalah dalam pengajian mereka. SINI dan SINI.


AMK Negeri Sembilan hadir atas kapasiti apa? Mahasiswa? IPT mana?

Kumpulan mahasiswa pro-pembangkang juga tidak mampu lagi menyembunyikan bayang-bayang abang besar mereka. Dalam demo itu misalnya, ia turut disertai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan iaitu Saudara Nazree Yunus. Adakah ia berlaku secara kebetulan?

Siapa pula brader berkepala botak dalam gambar di bawah? SB yang turut hadir membuat liputan pada hari tersebut tertanya-tanya tentang peranan lelaki tersebut. Jelas sekali dia bukan mahasiswa. Anehnya, sejak ketibaan demonstran-demonstran lagi, lelaki itulah yang menyambut mereka dan mengatururus pergerakan demonstrasi.




Siapakah lelaki botak ini? Bagi yang berada di sana ketika kejadian akan dapat melihat peranan
lelaki ini ketika demonstrasi diadakan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, lelaki tersebut bukanlah calang-calang orang. Beliau merupakan tenaga penggerak utama dalam setiap demonstrasi di negara ini yang menggunakan modul dari sebuah yayasan demokrasi Barat pro-Yahudi.

Adakah ini juga berlaku secara kebetulan? Bagaimana pula dengan gambar-gambar di bawah? Kehadiran pemimpin-pemimpin mahasiswa ini dalam majlis-majlis penting pembangkang sentiasa mendapat perhatian lensa kamera.

Lebih penting, ia mencetuskan tanda-tanya besar kepada kita. Apakah niat dan peranan sebenar mereka dalam politik di kampus? Apakah bebas pengaruh politik itu mempunyai makna yang tersendiri bagi mereka berbanding kefahaman orang biasa?


Syukri Razab, bekas Pengerusi SMM mempunyai hubungan yang akrab dengan PKR dan SAMM.



Hampir setiap demonstrasi diadakan, didalangi pemimpin pembangkang.

Adam Adli mesra semacam bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Adam ketika ini digantung pengajian tiga semester kerana terlibat dalam tindakan mencemarkan nama baik universiti. Tapi Adam sentiasa hidup mewah.



Lihat siapa di belakang mereka? Antaranya termasuklah Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin
dan barisan peguam pro-liberalisme dan kebebasan hak asasi.



Mahasiswa digunakan dalam kempen Revolusi Bunga Raya, sedang dikultuskan oleh DS Anwar Ibrahim
menjelang keputusan perbicaraan kes Liwat 2.0 yang lalu.

0 comments:

Catat Ulasan