HOT!! INILAH WAJAH PARASIT UMNO YANG BERJAYA DIKENALPASTI !!


HOT : Inikah Nazir Masjid Sijangkang (Orang UMNO) Yang Dituduh Lesapkan Wang Tabung Masjid Berjumlah Lebih RM100k dan 35 Ekar Tanah Wakaf?

Sambung dari [SINI]

Kecoh di Kuala Langat kononnya nizar masjid Sijangkang telah melesapkan wang tabung masjid yang dikatakan berjumlah lebih RM100,000 ketika beliau menjadi nazir dan menguruskan masjid tersebut sebelum berubah pihak pengurusan pada tahun 2008.

Pada tahun 2008 selepas Selangor diperintah Pakatan Rakyat, pengurusan masjid Sijangkang telah ditukar sepenuhnya yang mana ketika ini masjid tersebut diuruskan oleh ahli PAS kawasan Sijangkang.

Tuan Haji Yassin dikatakan orang berpengaruh di Sijangkang yang mana 3 generasi keluarganya merupakan orang kuat UMNO di bahagian tersebut, disebabkan itu beliau tidak dibenarkan menguruskan masjid tersebut selepas kerajaan negeri Selangor bertukar pemerintahan.

Cerita yang menjadi buah mulut masyarakat Sijangkang, Kuala Langat ini dimainkan oleh orang PAS manakala Ketua Pemuda PAS Sijangkang Abdul Ghani Abdul Manaf turut menyebarkan cerita ini di laman facebook beliau.
Selain tuduhan ke atas nazir Tuan Haji Yassin (gambar) PAS di kawasan tersebut juga mendakwa UMNO Kuala Langat 'merembat' 35 ekar tanah wakaf yang dijaga oleh nazir dan pihak pengurusan masjid Sijangkang sebelum masjid berkenaan bertukar pihak pengurusan.

Benarkah tuduhan yang dilemparkan oleh orang PAS di kawasan Sijangkang terhadap nazir yang telah berkhidmat lebih 20 tahun di masjid berkenaan?

Benarkah nazir yang dilihat uzur (gambar) iaitu Tuan Haji Yassin tergamak 'songlap' duit tabung masjid dan beliau turut memainkan peranan bersama UMNO bahagian Kuala Langat untuk merampas 35 ekar tanah wakaf di kawasan tersebut...?

ADUN di kawasan tersebut yang baru dilantik sebagai exco iaitu YB Dr. Ahmad Yunus dikatakan tahu mengenai kes ini yang hangat diperkatakan di kalangan penduduk Sijangkang lebih-lebih lagi dikalangan orang PAS...?

Apa sebenarnya yang berlaku...?

Siapa yang lesapkan wang tabung masjid tersebut, dan siapa pula yang kaut 35 ekar tanah wakaf masjid Sijangkang...?

SUMBER : DOUBLE-Y

1 comments:

  • Jane Duncan says:
    4 April 2012 pada 11:27 PTG

    Perkara-perkara macam ni jangan biar tidak terbela. Kaji betul-betul, jangan kerana seekor lembu yang bawa lumpur, habis semua terpalit. Susah nak cakap bila ada penyangak yang tidak takut pada dosa!. Tapi perangai-perangai semacam ni jangan persalahkan UMNO atau PAS atau PKR! tabiat manusia memang tewas dengan godaan wang, perempuan dan macam-macam lagi..

Catat Ulasan