Memalukan... @rafiziramli Kantoi Beradab Tipu Pasal PTPTN !!!



Kisah kejayaan dua orang gadis ini cuba ditutup pembangkang

PTPTN telah berjasa membantu dua orang anak Melayu ini berjaya dalam hidup. Kisah ini MyMassa petik dari akhbar Metro, kisah bagaimana PTPTN membantu mereka seperti dalam artikel di bawah.


Apa yang cuba disorokkan oleh pembangkang adalah jasa-jasa PTPTN membantu ribuan malah jutaan anak Melayu untuk berjaya dalam hidup.

Anwar Ibrahim dan barisan pemimpin pembangkang cuba menampilkan pemimpin-pemimpin mahasiswa yang tidak berjaya dalam pelajaran di universiti seperti Adam Adli dan Safwan Anang sebagai barisan hadapan gerakan anti PTPTN.

Dan salah seorang pemimpin muda pembangkang yang lantang mahu memansuhkan PTPTN adalah Rafizi Ramli. Pada 10 April 2012, bertempat di Shah Alam, Rafizi mengadakan Rundingcara "PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi. Persoalannya, layakkah Rafizi bercakap mengenainya berdasarkan pencapaian akademiknya? Mari kita lihat apa yang Rafizi capai di universiti.



Walaupun berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara dengan mendapat biasiswa Petronas, Rafizi menghabiskan pelajarannya di luar negeri dengan KELAS KEDUA RENDAH. Jika diikut standard pinjaman PTPTN, Rafizi tidak layak mendapat biasiswa. Kita selusuri kenapa pelajar bijak seperti Rafizi yang sentiasa cemerlang dari sekolah rendah sehingga ke tahun pertama dan kedua dalam universiti boleh menamatkan pelajarannya dengan hanya mendapat KELAS KEDUA RENDAH?

Pada tahun pertama dan kedua di universiti, Rafizi menghabiskan dua tahun tersebut dengan kelas pertama. Namun apabila masuk tahun ketiga, Rafizi mula aktif dalam persatuan pelajar. Dan Rafizi juga telah mula melibatkan diri dengan politik apabila Anwar Ibrahim, idola Rafizi dipecat dari Kerajaan. Rafizi mula menghabiskan masa dengan menyertai aktiviti anti Kerajaan di luar negara sejak dari itu. Akibatnya, pelajarannya mula merosot dan dia hampir-hampir gagal dalam pelajarannya.

Namun Rafizi bernasib baik kerana dia ditawarkan biasiswa, bukannya pinjaman boleh ubah sebagaimana yang ditawarkan oleh banyak GLC sekarang selepas ramai di antara pelajar yang ditaja mereka seperti Rafizi menamatkan pelajaran mereka dengan sekadar cukup makan.

Jadi kepada pembaca MyMassa, bezakan rahsia dua gadis di atas (Nur Izzati dan Siti Zulaika) dengan rahsia Rafizi. Walaupun kurang bernasib baik seperti Rafizi, tidak mendapat biasiswa, namun kerana bantuan pinjaman PTPTN dan keazaman yang jitu, kedua-duanya menghabiskan pelajaran dengan KELAS PERTAMA. Tidak seperti Rafizi, walaupun mendapat PENDIDIKAN PERCUMA DI LUAR NEGARA (tajaan duit rakyat Malaysia), hanya menghabiskan pelajaran dengan kelas kedua rendah.


*Jika anda rasa pendidikan tinggi percuma lebih baik, anda dah lihat hasilnya. Lebih ramai mahasiswa akan menghabiskan pelajaran dengan keputusan cukup makan seperti Rafizi Ramli!

SUMBER : MY MASSA

0 comments:

Catat Ulasan