Misi Sundal Anwar Ibrahim Terbongkar Lagi!!


Hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminta campur tangan asing bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat dengan cara memburuk-burukkan negara terbongkar lagi.

Kali ini terdedahnya 18 pucuk surat yang dihantar Anwar kepada Ahli Senat, Kongres, bekas Presiden serta ketua-ketua yayasan strategik berkaitan demokrasi dan pilihan raya di Amerika Syarikat (AS) pada 2007, iaitu setahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 berlangsung.

Semua surat tersebut yang bertarikh 7 Mei, 31 Mei dan 25 Julai 2007 menggunakan kepala surat Parti Keadilan Rakyat (PKR), beralamat di ibu pejabat PKR di 110-3, Jalan Tun Sambanthan serta turut tercatat alamat pejabat Anwar di AS dan ia ditandatangan sendiri oleh beliau.

Surat bertarikh 7 Mei dihantar kepada Senator Thomas Craig, Senator Susan Collins, Setiausaha Agung Institut Bantuan Pilihan Raya dan Demokrasi Antarabangsa (IDEA), Vidar Helgesen serta Presiden Yayasan Sistem Pilihan Raya Antarabangsa (IFES), Richard W. Soudriette.

Antara kandungannya, Anwar mendakwa perkembangan politik di Malaysia (pada ketika surat ditulis) sebagai kekurangan demokrasi kerana negara ini diterajui parti pemerintah yang disifatkan beliau sebagai autoritarian disebabkan telah berkuasa selama setengah abad.

"Pertumbuhan ekonomi Malaysia juga semakin merosot berpunca akibat penipuan, salah guna kuasa serta rasuah, sistem media dan kehakiman pula tunduk kepada hawa nafsu Perdana Menteri manakala tidak bebas kerana disekat dengan pelbagai undang-undang yang ketat.

"Kami telah lama berharap agar dapat melakukan perubahan politik dan kini masanya telah tiba untuk kita semua berganding tenaga dan melaksanakan segala pendekatan untuk menjayakan hasrat rakyat Malaysia," kata Anwar dalam surat itu sebagaimana dipetik dari laman blog, http://www.anwaraidc.com.

Dalam pada itu, surat bertarikh 31 Mei dihantar kepada Speaker Nancy Pelosi; Senator Joe Biden, Senator Barbara Boxer; Senator Bill Nelson; Senator Richard Lugar; Senator Lisa Murkowski serta tujuh ahli Kongres AS antaranya, David Drier, Dana Rohrabacher dan Gregory Meeks.

Selain mengekalkan dakwaan buruk yang sama terhadap Malaysia, Anwar dalam surat bertarikh 31 Mei itu meminta para Ahli Senat dan Kongres supaya melobi pihak lain di AS untuk membantu beliau melakukan reformasi di negara ini demi memulih sistem yang didakwa tidak bebas.

Sementara itu, surat bertarikh 25 Julai pula hanya dihantar kepada bekas Presiden AS, Jimmy Carter tetapi turut dibuat salinan untuk perhatian bekas Naib Presiden AS, Al Gore, dan dalam surat berkenaan Anwar meminta Carter datang memantau sistem pilihan raya di negara ini.

"Kami berharap dengan pemantauan antarabangsa dari Pusat Carter akan meningkatkan lagi kredibiliti proses pilihan raya di negara ini dan sekali lagi saya memuji anda terhadap usaha menyokong demokrasi, semoga kita dapat bekerjasama," katanya. -utusan

0 comments:

Catat Ulasan