PANASS!! 3 AHLI PARLIMEN DIHALAU KELUAR DARI DEWAN!!


Tiga Ahli Parlimen diarah keluar dewan sehingga tamat persidangan hari ini ekoran tindakan mereka yang mencetuskan kekecohan semasa perbahasan mengenai Pertimbangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama dijalankan.

Tiga Ahli Parlimen terbabit ialah N. Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR- Machang).

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee selepas arahan agar ketiga-tiga Ahli Parlimen itu menghentikan perbalahan supaya perbahasan boleh diteruskan tidak diendahkan.

Gobalakrishnan merupakan Ahli Dewan Rakyat yang pertama diarah keluar ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, (PKR-Permatang Pauh) bangun mempertahankan isu teknikal rang undang-undang perbekalan tambahan yang dibangkitkan oleh Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota).

Gobalakrishnan yang 'pantang' melihat Anwar segera bangun dan kemudian bertindak mengganggu Anwar ketika Ketua Pembangkang itu berbahas.

Arahan berkali-kali oleh Kiandee supaya Gobalakrishnan duduk tidak dihiraukan sehinggalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengarahkannya keluar sehingga selesai sesi dewan hari ini.

Dalam satu lagi kejadian, Tajuddin dan Saifuddin Nasution berbalah dengan membuat tuduhan peribadi masing-masing.

Kiandee yang pada mulanya begitu sabar melihat gelagat mereka, akhirnya terpaksa mengarah dua Ahli Parlimen berkenaan keluar dewan sehingga selesai sidang dewan.-utusan

0 comments:

Catat Ulasan