PANASSS.. Bukti Bahawa Lim Guan Eng Seorang Yang Pengecut!!
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah seorang pengecut kerana sanggup menyekat ilmu daripada sampai kepada murid-murid di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu dengan memberi amaran agar tidak melanggan Utusan Malaysia demi kepentingan politiknya.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu adalah sesuatu yang amat memalukan kerana ia sama sekali bertentangan dengan asas kebebasan bersuara seperti sering dilaungkan DAP dan pembangkang.
Jelasnya, perkara itu juga membuktikan betapa Guan Eng merupakan diktator yang tidak boleh menerima kritikan serta tidak gentleman dalam berpolitik.
"Nampak sangat Guan Eng tidak demokratik. Ini muslihat agar teguran ke atasnya tidak sampai ke pengetahuan pihak lain dan akhirnya anak-anak di sekolah menjadi mangsa.
"Beliau jelas takut pada bayang-bayang sendiri dan bimbang dengan kebebasan akhbar yang dilaungkannya. Disebabkan itu, saya menganggap tindakannya itu hanyalah tindakan seorang pengecut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan mendedahkan bahawa Guan Eng dalam ucapannya pada Majlis penyampaian bantuan kepada SJKC pada 7 April lalu memberi amaran agar 84 sekolah jenis itu di negeri tersebut berhenti melangganUtusan Malaysia.
Tindakan itu turut dilaporkan akhbar Sin Chew Jit Poh dan Guan Eng secara berseloroh turut menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menarik balik bantuan sekiranya perkara itu tidak dituruti.
Puad menambah, tindakan Guan Eng itu juga boleh disifatkan sebagai menganiaya pelajar-pelajar sekolah yang mahu memperbaiki mutu bahasa kebangsaan mereka selain memperolehi manfaat lain dari akhbar ini secara percuma.
"Tidak setakat memperbaiki bahasa Melayu, pelajar juga berpeluang mendapatkan ilmu tambahan menghadapi peperiksaan melalui sisipan ADaP dalam Utusan Malaysia.
"Jika sekolah yang melanggan akhbar, tentunya ramai pelajar yang mendapat manfaat pendidikan tersebut secara percuma. Justeru tidak ada sebab untuk mereka dijadikan mangsa kezaliman politik dengan ugutan dan amaran seperti ini," ujarnya. -
utusan
Ni baru sikap rasis... LGE rasis!!
KERAJAAN PAKATAN SELANGOR HALAU MELAYU KELUAR BANDAR! IKTIBAR BUAT PENDUDUK KG BHARU. Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/