PANASSSSS..... Warga Permatang Pauh Benci Anwar!!


Semalam GPB mengikuti ceramah Selamatkan Akidah & Pertahankan Islam anjuran GABUNGAN yang dipimpin oleh Bekas Ketua Pemuda PAS PP , Ustaz Hafiz Nordin yang menampilkan YB Datuk Dr Hassan Ali Pengerusi JATI dan Ustaz Ismail Mina Ahmad , Pengerusi MUAFAKAT .

Kehadiran umat Islam di Permatang Pauh dan sekitarnya memang cukup luar biasa sekali demi pertahankan Islam , Raja dan Melayu . Dianggarkan 5 ribu orang hadir membanjiri ceramah anjuran malam tadi .

Didalam ceramah tersebut, Haji Ismail Mina yang juga merupakan Presiden Muafakat dan bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, persoalan akidah masyarakat kini telah terpesong akibat dari perbuatan halus yahudi di Malaysia.

Menurut beliau, ejen-ejen asing kini berselindung di sebalik parti politik pembangkang yang berusaha untuk mengucar kacirkan umat Islam di negara ini.

Selain itu , pihak NGO GABUNGAN juga mendedahkan NGO pemikir Anwar iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) telah menerbitkan buku-buku mengenai agama Islam yang jelas terpesong sama sekali dan ditulis pulak oleh orang yang berfahaman liberal . Malah buku-buku disebarkan oleh PKR sendiri kepada ahli-ahli mereka .

Dr Hassan Ali pulak dalam ceramahnya banyak mendedahkan ancaman murtad yang berleluasa untuk memesongkan akidah umat Islam . Selain itu, beliau juga mendedahkan sikap parasit-parasit dalam PAS yang turut bersekongkol dengan pemimpin kafir dalam menjahanmkan umat Islam .

Malah beliau juga persoalkan adakah PAS di Permatang Pauh bersetuju bukan Islam menjadi Timb Presiden PAS seperti yang dicadangkan seorang parasit dalam parti mereka ini .






SUMBER : GPB

1 comments:

  • Unknown says:
    9 April 2012 pada 3:45 PTG

    Teruskan singkap pembohongan Anwar!

    PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI SIBUK PINDAH, NURUL IZZAH SENANG2 BERJOLI. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

Catat Ulasan