Pemuda UMNO Bagi Makan Kepada Demonstran #demoptptn ? Mana AMK?
Kelompok minoriti pelajar pro-pembangkang yang mengadakan demontrasi 'Mansuh PTPTN' cuba menyebarkan cerita bohong di beberapa laman mereka kononnya Pemuda UMNO melalui Seketeriat Hal Ehwal Bandar (SHEB) turut menyokong demontrasi yang diadakan oleh mereka di Dataran Merdeka.
Sebenarnya SHEB merupakan satu unit yang ditubuhkan oleh Pemuda UMNO Malaysia bertujuan membekalkan makanan kepada golongan gelandangan yang tidak berumah di sekitar ibu kota. Program yang diberi nama 'Food For Life' itu telah dijalankan sejak sekian lama.
Kemunculan kenderaan unit SHEB di Dataran Merdeka petang tadi merupakan rutin biasa yang dilakukan oleh sukarelawan SHEB setiap hari Sabtu dan Ahad di sekitar Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Kehadiran unit ini sekitar jam 6.30 petang tadi bukan bertujuan menyatakan sokongan kepada para demonstran 'Mansuh PTPTN' sebagaimana digembar-gemburkan mereka.
Malah kehadiran SHEB di Dataran Merdeka petang tadi sebenarnya menimbulkan rasa tidak puas hati para demonstran sehingga sukarelawan SHEB dikepung oleh mereka.
Jika bukan rutin harian - kenapa lelaki ini terus mendekati van SHEB sebaik sahaja van tersebut tiba, tapi beliau gagal mendapatkan makanan kerana sukarelawan SHEB dikepung!
Para Sukarelawan SHEB bukan sahaja dikepung malah dihujani dengan soalan-soalan berbentuk provokasi dari seorang lelaki berambut panjang. Mungkin dek kerana kebodohan kelompok demonstran ini menyebabkan mereka tidak tahu bahawa Pemuda UMNO/BN telah lama melakukan kerja-kerja kebajikan di sekitar ibu kota.
Namun tindakan profesional sukarelawan SHEB yang menjawab segala soalan provokasi mereka menyebabkan kelompok pelajar (ramai bukan pelajar sebenarnya) bersurai. Malah kelihatan ada segelintir demonstran turut mengambil makanan yang disediakan oleh SHEB.
Mereka sebenarnya cuba mencabar pihak berkuasa apabila menaikkan khemah baru setelah khemah yang dibina kelmarin dirampas oleh DBKL sehingga berlaku sedikit aksi tolak-menolak. Khemah-khemah ini dihantar oleh beberapa lelaki yang memakai T-Shirt BERSIH 3.0
Cubaan meraih simpati warga kota - Mana mungkin Nurul Izzah, Tian Chua tidak sedikit pun menyumbang untuk mereka?
Demo Mansuh PTPTN - Tapi baju BERSIH3.0 ?
Individu yang memakai topeng adalah seorang wanita yang mengatakan beliau berdemo kerana kasihan abang dan kakaknya menanggung hutang PTPTN.
Mereka mungkin mengharapkan pihak berkuasa datang halau, supaya agenda untuk memburukkan pihak berkuasa berjaya dilaksanakan. Tetapi selepas aksi tolak-menolak dengan DBKL (dimulakan para demonstran) yang pertama pihak-pihak berkuasa malah PDRM hanya melihat kebodohan para demonstran ini dari jauh.
Anggota PDRM hanya memerhati dari jauh - Rileks la brader polis usah pedulikan kelompok gila tu!
Anggota penguatkusa DBKL turut memerhati dari jauh.
Jika dihitung hanya beberapa orang sahaja mahasiswa pada pemerhatian saya. Selebihnya adalah penyokong parti politik pembangkang.
Sebelum tidur satu soalan untuk para demonstran - Tak malu ke jamah makanan yang disediakan untuk golongan gelandangan? -
Double-Y
0 comments:
Catat Ulasan