Puad Zarkashi Cabar Salahuddin Ayub Balik Johor!!



"Kalau berani bertandinglah di Batu Pahat!!"

Itulah cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang berhasrat bertanding di negeri ini.

Beliau mengalu-alukan hasrat Salahuddin itu tetapi pada masa yang sama turut bersimpati dengan nasib pemimpin Pas itu yang disifatkannya sebagai telah 'ditolak oleh Pas Kelantan'.

"Keadaan beliau bagaikan habis madu, sepah dibuang. Para pemimpin mereka, masing-masing hendak mencari tempat selamat di Kelantan sehingga Ahli Parlimen Kubang Kerian ditolak keluar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Persidangan Berkelompok UMNO Cawangan-cawangan Dalam Bahagian Batu Pahat yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, di sini hari ini. -UM

0 comments:

Catat Ulasan