Tahniah! 30 Artis Terkenal Sertai Barisan Nasional!!!


Seramai 30 artis terkenal tanah air hari ini menyertai persatuan Barisan Artis Nasional (BAN) sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Antara artis berkenaan adalah Adlin Aman Ramli, Datin Emylia Rosnaida, Emelda Rosmila, Azza, Ery Putra, Isma AF, Angeline Tan dan Shajiry Damery.

Presiden BAN, Datuk AC Mizal berkata, BAN yang merupakan persatuan berasaskan kesenian dan hiburan itu akan menyokong dan membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan kemasyarakatan.

Beliau turut menegaskan, sebagai pertubuhan yang menghimpunkan barisan artis dan penggiat tanah air, BAN tidak akan menyokong sebarang anasir-anasir yang cuba meruntuhkan perpaduan, kesejahteraan dan kedaulatan negara. - GPB

0 comments:

Catat Ulasan