#Bersih 3.0 : Perusuh WANTED Sila Serah Diri Sebelum PDRM 'Ambil' Anda Dirumah!!
Setakat ini nampaknya ramai dikalangan mereka yang gambar disiar polis kerana didakwa terlibat dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak tampil.
Namun polis tidak akan berkompromi lagi.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin memberi mereka tempoh seminggu untuk menyerah diri.
katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Rabu berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap mereka yang enggan menyerah diri, mulai Rabu depan.
Polis juga telah menubuhkan satu pasukan khas terdiri daripada beberapa pegawai dan anggota bagi mengesan suspek yang terlibat dalam perhimpunan itu, pada Rabu.
Beliau berkata kesemua 129 peserta perhimpunan yang gambar mereka telah disiarkan dalam media perlu hadir ke balai polis bersama peguam mereka, jika ada.
Daripada 141 gambar yang disiarkan di media, hanya 12 telah ditahan dan dari 12 orang itu, lapan telah didakwa manakala empat lagi dibebaskan, katanya. -
Agenda Daily
0 comments:
Catat Ulasan