#Bersih 3.0 : Urusan Haji & Umrah Rakyat Malaysia Mungkin Digantung. Tahniah Ambiga! #Bersih Berjaya!


Kerajaan Arab Saudi kini sedang menimbang untuk mengenakan sekatan atau mengantung kemasukan jemaah haji dan umrah dari negara ini berikutan tindakan segelintir penyokong Bersih 3.0 yang menggunakan kawasan Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk berkumpul bagi aktiviti berbau politik.

Layanan istimewa dan kuota tambahan kepada jemaah haji Malaysia dan individu yang melakukan umrah ke Tanah Suci Mekah juga mungkin berakhir gara-gara sikap penyokong Bersih 3.0 baru-baru ini.

Kebimbangan dan tindakan susulan yang dipertimbangkan kerajaan Arab Saudi dalam isu itu telah disampaikan oleh Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Fahad A. H. Al-Rashid kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada pertemuan antara kedua mereka Jumaat lalu.

“Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia,” katanya selepas merasmikan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam di Pusat Islam, Selasa.

Jamil Khir berkata, perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak“kebangkitan Arab”, di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.

Beliau berkata, sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.

Jamil Khir berkata, kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir jemaah umrah dan pelajar Malaysia yang membawa politik tanah air ke luar termasuk mencampuradukkan ibadah dengan kepentingan fahaman politik mereka.

Katanya, sikap mereka itu telah merosakkan imej negara kerana sebelum ini sikap jemaah Malaysia yang sentiasa mematuhi undang-undang negara itu sering mendapat pujian Raja Arab Saudi dan sentiasa dijadikan penanda aras di negara itu.

Perhimpunan untuk pelancaran Bersih 3.0 di Mekah diadakan di hadapan premis Restoran D’Saji, Hotel Al Safwa manakala di Madinah pula ia diadakan di perkarangan Masjid Nabawi.

Perhimpunan itu walaupun diadakan untuk tempoh masa yang singkat, tetap telah dikesan oleh pihak Istikhbarat Al-Fedaraliyah atau unit cawangan khas negara itu.

Bukti-bukti kukuh dimiliki pihak penyiasat negara itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Restoran D’Saji dan Masjid Nabawi.


Selain kebimbangan melibatkan jemaah haji, wujud maklumat mengatakan bahawa kemungkinan besar semua pelajar-pelajar Malaysia yang terbabit dan dibawah tajaan Kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh kerana pihak berwajib sedang mengumpul maklumat penyertaan mereka bedasarkan gambar-gambar yang dirakam dari CCTV yang berada di D’Saji dan Masjid Nabawi.

Pihak berkuasa negara itu juga sedang mengadakan penyiasatan dan akan menghubungi kafil-kafil (penaja) para pelajar dan profesional yang terbabit dalam perhimpunan tersebut bagi penjelasan lanjut.

Kerajaan Arab Saudi yang menerima kunjungan ratusan juta jemaah haji dan umrah setiap tahun dari segenap pelusuk dunia, mempunyai tahap sensitiviti yang amat tinggi terhadap aktiviti politik di kalangan jemaah.

Istikhbarat Al-Fedaraliyah sentiasa memantau aktiviti yang disifatkan kurang sihat sebagai mengelak berlaku sebarang insiden yang tidak baik dikalangan jemaah pelbagai mazhab dan fahaman politik.

Bersih diPengerusikan oleh Datuk S. Ambiga. – Mynewshub.my


0 comments:

Catat Ulasan