#FELDA Bangkrap Selepas Najib Umumkan Durian Runtuh??


Aliman PAS yang mengetuai ANAK untuk hasut peneroka FELDA tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia tentu garu kepala dan kena jenuh fikir apa pula hendak kelentong.

Ingat lagi kes akhbar PKR ,Suara Keadilan fitnah FELDA bangkrap.....makanya pembangkang makin senak perut habis apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pagi Selasa umum 'durian runtuh' dan 'durian gugur' yang jauh dari dugaan bakal dinikmati oleh lebih 112,635 warga FELDA seluruh negara.

Dalam majlis Sejahtera Peneroka bersama PM di Jengka 8, Pahang itu, Datuk Seri Najib umum kegembiraan berganda kepada peneroka, iaitu 'durian runtuh' berjumlah RM15 ribu, dan 'durian gugur' berupa tabung amanah dan pink form saham FGVH.

Perdana Menteri secara berjenaka berkata ini bukan lagi BR1M tetapi BRUMMMMM...

'Durian runtuh' itu adalah faedah yang akan diterima menjelang penyenaraian FGVH manakala ' durian gugur' selepas penyenaraian.

Di depan hampir 40,000 warga FELDA, PM berkata RM15,000 itu akan diagihkan dalam tiga fasa - RM5,000 fasa pertama yang bakal diterima oleh suami (peneroka itu sendiri) , fasa kedua isterinya dan fasa ketiga anak peneroka.

Selain peneroka, pegawai-pegawai FELDA juga akan menikmati bonus tambahan dua setengah bulan gaji. Selain Yayasan FELDA akan membantu membaiki kampung-kampung sekitar FELDA.

Jumlah keseluruhan pemberian "durian runtuh" tersebut adalah sebanyak RM1.689 bilion berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

Lebih buat pembangkang senak perut lagi adalah apabila PM kata pembohongan pembangkang bahawa peneroka akan hilang tanah dengan penyenaraian FGVH tidak benar sama sekali.

"Semua faedah yang dinikmati peneroka selama ini kekal, tanah kekal milik peneroka bukan macam pembohongan pembangkang," katanya.

Perdana Menteri tidak pernah mengunakan kata-kata ini yakni ' haram jadah'. Namun untuk meluahkan rasa marahnya pada segelintir peneroka FELDA yang termakan hasutan pembangkang untuk menentang penyenaraian FGVH dan usaha murni FELDA untuk kebaikan peneroka beliau mengunakan kata-kata itu merujuk kepada mereka.

Katanya beliau hendak lihat apakah segelintir yang menentang itu akan berebut-rebut sama untuk mengaut faedah yang diumumkan itu.

Najib berkata beliau tidak reda mereka turut menerimanya.

Menurut beliau, FELDA tidak mahu hanya menjadi Juara Kampung sahaja, dengan penyenaraian bulan depan, FELDA sedang mengorak langkah menjadi Juara Dunia.

Beliau turut mengecam pembangkang yang tidak habis-habis menyalahkan UMNO dan BN dalam semua perkara.

"Anak tak peduli emak pun, nak kata UMNO salah, (rujuk isu luahan rasa ibu Azmin Ali dimana Timbalan Presiden PKR tuduh ia fitnah UMNO) hebatlah sangat kita ini, sampai (hal-hal) dalam kelambu pun ada pengaruh..."

Turut serta dalam majlis tersebut adalah Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Maslan Ahmad - Agenda Daily

0 comments:

Catat Ulasan