Panas! @PDRMsia Mula Buru Dalang Cuba Gulingkan Kerajaan!! #Bersih


Siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti dalang yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) 3.0 di ibu negara pada 28 April lepas telah bermula.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, beliau berharap orang ramai terus menyalur maklumat kepada polis bagi mempercepatkan siasatan supaya keselamatan negara tidak tergugat dan terus terancam.

"Beberapa tangkapan baharu telah dibuat selepas gambar-gambar perusuh Bersih 3.0 disiarkan dan kita juga menerima panggilan orang ramai untuk memberi maklumat mengenai kejadian itu.

"Ini petanda baik rakyat Malaysia mencintai keamanan dan tidak mahu keselamatan negara diganggu-gugat," katanya kepada pemberita pada program turun padang Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Kulim di sini semalam. -kosmo

0 comments:

Catat Ulasan