Pengerusi Baru SPA Telah Dilantik.


Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk R. Segarajah dilantik sebagai timbalannya.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Zainol Othman, bekas Pengarah Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan, Jabatan Audit Negara, Boon Jon Lin dan bekas Pegawai Tadbir Negeri Sarawak Isaka anak Kana dilantik sebagai anggota SPA.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam kenyataan di sini hari ini, berkata kesemua pelantikan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (4) Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.

"Kesemua pelantikan itu adalah untuk tempoh tiga tahun mulai tarikh mereka mengangkat sumpah dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia.

"Dengan pelantikan ini, saya bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan percaya bahawa mereka akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan dan tanggungjawab sebagai anggota SPA mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna," katanya - utusan

1 comments:

Catat Ulasan