Tahniah @NajibRazak Kerana Melancarkan Rakan Barisan Nasional Di UK!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Rakan Barisan Nasional (BN) UK yang akan bergerak aktif menggalakkan hubungan rapat dengan United Kingdom dan menyebarkan maklumat yang tepat, tepat masa dan boleh dipercayai kepada warga Malaysia di negara ini.

Beliau berharap kumpulan unik ini dapat menangani isu-isu.

"Banyak perubahan yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami mahu memastikan anda dapat tahu mengenainya. Ekonomi kita telah diliberalisasikan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kekayaan di kalangan rakyat biasa di Malaysia," kata Najib yang tiba di sini pagi ini bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, untuk lawatan kerja dua hari.

Mesejnya kepada rakyat Malaysia di UK ialah, “sila berhubung lebih rapat dengan Malaysia dan memainkan peranan besar dalam pembangunan negara, sama ada dengan balik ke tanahair - kurang bercita-cita besar tetapi tidak kurang pentingnya - dengan berkongsi kepakaran anda dengan institusi negara dari pangkalan anda di Britain".

"Ada tempat di bumi Malaysia bagi semua warga kita baik lelaki dan wanita tanpa mengira siapa mereka dan bagaimana mereka mahu menyumbang. Setiap orang mempunyai peranan mereka, setiap orang boleh melakukan sesuatu dan setiap orang boleh maju dan makmur, katanya semasa melancarkan Rakan BN UK di Dewan Negara, di sini.

Selain Rosmah, turut hadir di majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Datuk Seri Zakaria Sulong dan isteri Datin Hazizah Zakaria, dan juga beberapa tokoh masyarakat Britain seperti Lord Howell of Guildford dan Lord Sheikh of Cornhill.

Dalam ucapan di hadapan lebih 100 orang pada pelancaran itu, Najib berkata:

“Negara kita masih muda dan perjalanan di hadapannya adalah sesuatu yang menarik, jadi saya mahu anda mengikuti perkembangan tentang apa yang berlaku di tanahair dan bersedia untuk melangkah dan memainkan peranan anda."

Perdana Menteri berkata beliau telah menyebut sebelum ini bahawa era "kerajaan lebih tahu" telah lama berakhir.

"Tugas kerajaan yang paling penting hari ini bukan hanya setakat mendengar tetapi benar-benar mendengar suara rakyat...dan itu bermakna anda juga," katanya. - utusan

0 comments:

Catat Ulasan