Sahabat Husam Musa Si Vadillo Ancaman Besar Kepada Agama Islam!


Dari Blogger Double Y :
Sehingga ke hari ini Husam Musa masih berdiam diri dan tidak menjawab 10 persoalan yang dikemukakan berhubung skandal Dinar Emas dan kemelut yang berlaku dalam Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd (KGT). 
Antara soalan yang wajib dijawab oleh Husam Musa adalah hubungan beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo Ketua Pegawai Eksekutif KGT sebelum dilucutkan jawatan tetapi dilantik sebagai penasihat di situ.


Selain laporan melibatkan salah laku Vadillo dalam menguruskan KGT yang dibuat oleh Nik Mahani. 
Terdapat dua lagi laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo oleh mangsa-mangsa beliau. Satu kes menipu seorang pelabur dari Jepun, manakala satu lagi laporan dibuat oleh Mohamed Esfih di Balai Polis Jalan Travers, Brickfields pada 01/06/2012. 
Dalam laporan tersebut beliau turut menyatakan bahawa gerakan yang dilakukan oleh Umar Ibrahim Vadillo merupakan satu gerakan yang berbahaya kepada Malaysia.
Mengikut kenyataan Nik Mahani dalam laporan yang dibuat beliau pula, beliau turut menyatakan perkara yang hampir sama dengan dakwaan Mohamed Esfih. Iaitu Vadillo merupakan satu ancaman kepada negara dan pihak berkuasa sewajarnya memandang serius perkara ini :
Antara kandungan laporan Nik Mahani :
"Saya cadangkan Vadillo dan WIM ini dihapuskan daripada ‘mind-control’ atas rakyat Malaysia. Untuk maklumat – Vadillo adalah diberikan permit kerja bawah KGT setakat tahun 2012. Isteri beliau walaupun orang Melayu Islam Malaysia – beliau telah memilih kerakyatan Sepanyol dan telah lama tinggalkan kerakyatan Malaysia. 
Pencabulan atas kedaulatan Negara kita ini harus dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana ia adalah juga merupakan suatu ‘ penjajahan’ kuasa tambahan pula Vadillo berhasrat mengadakan “electronic payment System” kononnya demi mengorak langkah setapak lagi dalam pengembalian D&D ini. 
Bila ini dibiarkan berlaku, WIM adalah merupakan suatu macam ‘penjajahan’ atas rakyat Malaysia kerana system mereka hanya akan menerima koin-koin yang ada logo WIM sahaja! 
Vadillo ini amat bahaya kepada Negara dan rakyat Malaysia kerana beliau merupakan seorang yang telah dilihat sebagai seorang ‘Sheikh” oleh pengikut- pengikut beliau. Beliau adalah merupakan seorang ahli satu pertubuhan “Murabitun” yang berpusat di Cape Town Afrika. 
Secara peribadi – beliau tidak memiliki akhlaq-akhlaq yang boleh dicontohi kerana beliau kurang keilmuan Syariah serta orang ramai di Kelantan banyak mengadu kepada saya beliau tidak melakukan ibadah wajib secara sempurna
Tetapi yang paling membimbangkan ialah beliau adalah seorang yang dilantik sebagai ‘sheikh’ yang menjadi ketua dalam pertubuhan mereka di Malaysia. Pengikut-pengikut mereka tersangat ‘taksub’ kepada ketua mereka.
Saya cadangkan pihak JAIS memantau pergerakan mereka ini kerana setiap hari Ahad mereka berkumpul di rumah isteri Vadillo di apartment Villa Flora untuk sesi Majlis Zikir. Saya ada mengikuti majlis zikir tersebut dan walaupun perhimpunan tersebut hanyalah melakukan zikir dan bacaan wirid, tetapi penghujung majlis tersebut disertai doa yang sangat mengidolakan Vadillo."
Jika dakwaan ini benar nampaknya Vadillo bukan sahaja terlibat dalam salah laku dalam menguruskan KGT. Beliau juga merupakan ancaman besar kepada kesucian Islam. 
Pihak berkuasa wajar menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Nik Mahani dan Mohamed Esfih. Kerana ini merupakan satu hal yang serius kerana melibatkan soal akidah umat Islam.

Husam Musa jangan mengelak, rakyat Kelantan masih menanti jawapan kamu!

0 comments:

Catat Ulasan