Urut Kamar Mandi... Satu Lagi Kejayaan PAS Selangor!!



Berita dari Harian Metro semalam.

Klik untuk besarkan imej
Bila PAS berkempen, apa yang tak lari dari mulut PAS adalah kebejatan sosial yang berlaku dalam negara adalah disebabkan oleh BN. Pendek kata, semua maksiat di Malaysia adalah salah pemerintah termasuk di Selangor.

Dengan izin Allah SWT, PAS telah membentuk Kerajaan di Selangor. Sebelum PRU 2008, PAS telah berjanji untuk tutup kilang arak di Shah Alam jika mereka menang. Bila dah menang, kilang arak tetap kekal di tempatnya tanpa gangguan Kerajaan Negeri yang dibentuk oleh PAS-PKR-DAP.

Oleh kerana tak dapat tutup kilang arak, PAS tetap tuduh BN walaupun mereka dah jadi Kerajaan Negeri. MyMassa masih ingat masa Nizar jadi MB Perak sementara, Nizar janji akan tutup kem ISA di Kamunting. Kalau bangunan Kerajaan macam kem Kamunting PAS boleh tutup, takkan kilang arak PAS tak boleh tutup?

Selain daripada tak dapat selesai janji untuk menutup kilang arak, PAS juga gagal mengawal pusat-pusat maksiat di Selangor. Dalam berita di atas, pusat urut yang menawarkan pakej B2B ala Bangkok terletak di Klang iaitu kawasan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr. Rani. Macam mana PAS nak pastikan Selangor bebas maksiat sedangkan tempat Pesuruhjaya PAS Negeri pun berlambak pusat maksiat?

Akhir kata dari MyMassa, jika ada ceramah PAS di kawasan anda cuba tanya kepada penceramah PAS tersebut, bila nak tutup kilang arak di Shah Alam seperti mana janji mereka tahun 2008? Tak pun, tanya jugak kenapa maksiat terutamanya pusat urut makin bertambah di kawasan anda sejak PAS mentadbir negeri Selangor bersama PKR dan DAP? Adakah kerana Anwar Ibrahim yang merupakan penasihat ekonomi juga kaki pusat urut?






*Bukti pusat urut meningkat di Selangor sejak PAS ambil alih.

SUMBER: MYMASSA

0 comments:

Catat Ulasan