Ustaz Azizan - Siapkan Projek Rumah Mampu Milik Dulu Sebelum Projek2 Mewah Di Kedah!


Kerajaan Kedah digesa menyiapkan dahulu projek perumahan mampu milik seperti Bandar Sejahtera Pokok Sena sebelum melaksanakan projek mega Amansuri Residences.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata tinjauannya mendapati projek Bandar Sejahtera Pokok Sena bernilai RM230 juta itu belum dilaksana sekalipun telah dilancar kerajaan negeri lebih dua tahun lepas.

"Semasa pelancaran projek tersebut, Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) menyatakan bahawa 128 unit rumah teres dua tingkat telah habis ditempah dan harga setiap unit kira-kira RM140,000. "Tetapi selepas hampir dua setengah tahun, tiada satu unit rumah pun yang disiapkan di bandar tersebut kecuali rumah contoh sahaja," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Tan berkata beliau tidak tahu apa yang terjadi kepada pembeli rumah di kawasan tersebut.

Amansuri Residences
"Kalau ikutkan undang-undang, rumah perlu dibina dan disiapkan dalam tempoh dua tahun selepas Perjanjian Jual Beli ditandatangani. Mengikut Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966, pemaju perlu membayar kerugian akibat kelewatan pada kadar 10 peratus setahun atas harga beli. "Kalau mereka (pembeli) belum menandatangani perjanjian, mereka tidak boleh buat apa dan jika sebaliknya mereka boleh pergi ke Tribunal Perumahan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membuat aduan," katanya.

Tan berkata terdapat beberapa lagi janji projek perumahan kos rendah dan mampu milik yang dibuat kerajaan pimpinan PAS itu belum ditunai.

Bandar Sejahtera Pokok Sena yang dilancar pada 14 Jan 2010 dikendalikan oleh anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) iaitu Seri Temin Development (M) Sdn Bhd dan projek itu melibatkan 1,811 unit pelbagai jenis rumah dan dibangunkan mengikut fasa.

Projek itu mengandungi 579 rumah teres kos rendah, 785 unit rumah teres dua tingkat, 246 rumah berkembar setingkat, 192 rumah teres satu setengah tingkat dan sembilan rumah banglo. -BERNAMA




0 comments:

Catat Ulasan