Havoc... #LepakSantai UMB Bersama #RempitUnited!



Bertemakan slogan 'Kami Pun Anak Merdeka', satu program yang dinamakan 'Lepak Santai Bersama Rempit United' telah berlangsung di NZ Garden, KLCC malam tadi. Program tersebut dianjurkan oleh Unit Media Baru (Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) dan NGO yang mengabungkan kumpulan-kumpulan bermotor di seluruh negara, Rempit United.



'Lepak Santai Bersama Rempit United' yang dihadiri lebih 200 orang tersebut bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara penggiat media sosial dan peminat sukan permotoran yang juga dikenali sebagai 'mat rempit'. Program berbentuk forum yang membincangkan tajuk 'Evolusi R' berlangsung dengan sesi bertukar-tukar pendapat disamping mempromosikan jenama Rempit United kepada umum.

Rempit United dibangunkan berlandaskan empat teras utama iaitu pertandingan, acara, peluang dan rangkaian sosial.

Hadir dalam program itu adalah Tun Faisal Ismail Aziz (Pengerusi Unit Media Baru), Wazi Abdul Hamid (Presiden Rempit United), Shahrol Yuzy (bekas pelumba MotoGP) dan David Teo (pengarah filem). Beberapa orang selebriti tanah air turut hadir memeriahkan program Lepak Santai semalam seperti Shaheizy Sam, Sari Yanti, Adi Putra dan Ilia Iryani (pelakon stunt wanita).


Wazi Abdul Hamid menjelaskan bahawa 'Evolusi R' bertujuan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan mat rempit yang sentiasa dipandang serong.

baca berita penuh di portal PjO (klik)

.

0 comments:

Catat Ulasan