Pakatan Tiada Program Bangunkan Melayu - Pemuda UMNO
Tun Faisal Ismail Aziz - Exco Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia
SHAH ALAM: Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz mencabar Pakatan Rakyat agar membentangkan perancangan atau program yang akan dilaksanakan gabungan tiga parti komponen itu untuk membangunkan orang Melayu sekiranya berhasrat mengambil alih pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Tegas Tun Faisal, kepentingan dan kedudukan orang Melayu harus diberi keutamaan dalam mana-mana polisi kerajaan, lebih-lebih lagi, Pakatan yang dianggotai PAS-PKR-DAP tidak pernah membentangkan sebarang perancangan untuk pembangunan orang Melayu, yang merupakan kaum terbesar.
"Dalam konteks ini pada saya bukan soal batang tubuh Melayu itu tapi soal polisi yang hendak dipertahankan dan dikeluarkan, kalau betul pembangkang ada polisi untuk bangunkan orang Melayu, di mana polisi ini?
"Adakah polisi ini jauh sangat berbeza dengan apa yang kita ada? Ini yang perlu kita soal kepada pakatan pembangkang.
"PAS misalnya kata tidak gila kuasa, kalau gila kuasa tentu bergabung dengan Umno maka terbentuk satu kuasa Melayu. Maksudnya PAS buat keputusan untuk bergabung dengan DAP dan PKR dalam keadaan yang merugikan mereka...mereka tidak dapat apa-apa, lagi teruk," katanya pada program Diskusi Meja Bulat "Melayu Pasca PRU 13?" anjuran Antarapos.
Selain Tun Faisal, turut menjadi ahli panel untuk program ini adalah Ketua Penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khalid Abdul Samad.
Menurut Tun Faisal, perjanjian pengisytiharan dibuat Pakatan boleh menimbulkan pelbagai keraguan dan persoalan terutamanya tentang alasan parti-parti tersebut untuk menjalinkan kerjasama politik.
"Akhinya bila PAS buat perjanjian yang merugikan mereka, kalau katalah ada wakil dalam Parlimen yang batang tubuhnya Melayu, pegangannya belum tentu Islam, dasar yang dibawa mungkin sosialis, bentuk macam manakah dasar yang akan dibawa dalam Parlimen?
"Ini kita kena persoalkan kepada PAS dan PKR, mungkin dia nak bawa dasar Islam tapi kalau didominasi dengan orang yang bawa dasar sosialis di mana pertemuan dalam Parlimen nanti," katanya.
Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepanjang tempoh tiga tahun pentadbirannya telah membawa pelbagai program transformasi untuk meringankan beban rakyat.
Antaranya, dengan penubuhan 50 Klinik Rakyat 1Malaysia dengan kos RM10 juta.
Tun Faisal yang juga Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno berkata kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Pakatan seolah-olah membayangkan keyakinan mereka namun keadaan sebenar adalah sebaliknya.
"Kalau dalam pakatan pembangkang dia punya cerita di atas kertas nampak menyakinkan tapi sebenarnya bila lihat pemimpin seorang demi seorang nampak tidak menyakinkan dan pemimpin dalam Pakatan ada masalah moral yang tersendiri.
"Yang kedua kita dalam kerajaan BN apa yang dilakukan selain 50 tahun itu adalah kebajikan secara menyeluruh sebab itu dalam rakyat Malaysia kita lihat pembangunannya nampak setara, ada negara-negara yang merdeka lebih awal tidak mencapai kemajuan seperti kita," katanya.
Beliau menambah pelan transformasi yang dilaksanakan pentabiran Najib telah memberikan kesan positif terhadap perubahan yang ingin dibawa parti pemerintah itu.
"Transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib dirasa sampai ke bawah, macam sekarang bermula dengan Umno sendiri, NKRA terhadap rasuah ini antara perkara yang menunjukkan kerajaan komited untuk mengambil tindakan terhadap pesalah kes rasuah.
"Ini menunjukkan BN berubah dan kita punya masalah sekarang adalah menguruskan kejayaan-kejayaan kita sebab dalam kejayaan ada individu yang tamak, individu yang melanggar peraturan tapi secara keseluruhanya kita berjaya," katanya.
Krisis keyakinan
Tun Faisal turut mendakwa Pakatan kini berdepan dengan masalah untuk menguruskan keyakinan susulan daripada tindakan beberapa pemimpin parti itu bertindak keluar kerana tidak yakin dengan kepimpinan sedia ada termasuk bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali yang dipecat keanggotaannya.
"Masalah dalam pakatan pembangkang adalah masalah untuk menguruskan keyakinan, dalam Pakatan sendiri dah berapa ramai pemimpin keluar kerana tidak yakin dengan pemimpin sedia ada... Dr Hasan Ali tidak berapa yakin sebab dalam negeri Selangor dia rasa apa yang diperjuangkan PAS tidak boleh dibawa dalam dasar, pelaksanaannya dan sebagainya.
"Yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ramai yang sudah keluar, ini menunjukkan Pakatan hadapi krisis keyakinan yang hebat," katanya.
Beliau berkata Pakatan perlu memperbaiki setiap kelemahan yang ada sebelum menyatakan hasrat untuk menawan Putrajaya.
"Jadi kalau kita nak bergandung harap kepada Pakatan pada waktu ini saya rasa belum lagi. Pakatan kena betulkan dulu rumah ii, kena ada polisi yang kuat dan menyakinkan orang Melayu terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang barulah bila rasa nak beri kuasa baru kita berikan," katanya. -Antara Pos
SEMBAT CARA PANCING TANPA UMPAN
-
Sembat kini dianggap cara memancing yang semakin digemari pemancing. Ia
dianggap teknik memancing paling murah. Ini kerana alatan yang perlu ada
selain s...
TERKINI! PENYOKONG BOLA SEPAK SELANGOR BERI AMARAN
-
Penyokong Red Giants menuntut kerajaan negeri Selangor mengetepikan kemelut
politik dan membenarkan pasukan juara Piala Malaysia 33 kali itu menjadikan ...
CINA DAP BIADAP & RACIS DI TESCO KEPONG
-
Puak puak ni makin rasa besar kepala sekarang ni. Belum jadi kerajaan lagi
dah tunjuk betapa racisnya mereka ini terhadap kaum lain. Terang terangan
men...
Mohon @PDRMsia Mengambil Tindakan Keras.
-
Bukan main aktif pulak puak-puak dajjal ni menjalankan kerja keji dekat
media sosial ni. Aku pon hairan kenapa mesti kene buat benda macam ni.
Negara kita ...
Naib Canselor Universiti Malaya Letak Jawatan?
-
Assalamualaikum.
Hari ini Middle Voices mendapat info bahawa Kumpulan Pelajar UM8 yang
berkhemah bak gelandangan di luar pintu pagar Universiti Malaya tela...
Pilihanraya Kampus (PRK) Kembali Ke Kampus Anda
-
PRK 2013 kini mula menerjah ke seluruh IPTA. CST yang sudah lama tidak
menulis kini kembali melaporkan keadaan-keadaan kampus yang akan dan
telahpun melalu...
HOT: Tarikh Pilihanraya Kampus Terbongkar
-
SMS rasa majoriti pelajar dah tahu mengenai tarikh pilihan raya
kampus(PRK), tapi yang peliknya. surat khabar mana yang keluarkan tarikh
ini? jika ada da...
PELAJAR TUNJUK PUNGGUNG TAMPIL MINTA MAAF!!!
-
salam semua, budak biadap nak mohon maaf kat PM. Agak-agak lah bro biadap
sampai macam tu!!!
Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melo...
# TUSUK 28 # Pelajar UPSI Jatuh Bangunan ???
-
AL FATIHAH
Fatimah Mina Binti Md Juferi
Semester 4
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Minor Bahasa Arab
Berasal dari Bakri , Muar
PNGS 3.57
Marilah k...
JAJARAN BAHARU SEBAGAI STRATEGI POLITIK AMPUH ZAHID
-
Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan. Siapa sangka BN boleh
kalah PRU14 lepas? Siapa sangkat PAS dan UMNO boleh tubuhkan MN? Siapa
sangka PH h...
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu?
-
Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan
mereka yang tiada "political wisdom".
Situasi negara masih tidak stabil keran...
APA OPTION PALING BAIK YANG TSMY BOLEH PUTUSKAN?
-
Ketika termetrinya Piagam antara UMNO dan PAS, ramai yang menitis airmata.
Terharu dan gembira, bercampur baur perasaan. Berpuluh tahun bersengketa,
akhi...
#BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!!
-
Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir
apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional
menar...
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
-
SECANGKIR KOPI 37
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
Hampir seminggu berlalu Perhimpunanan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan
tirainya. Se...
Hendak Kerja, Sertai Armada
-
Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam
pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di
a...
Helikopter Nuri TUDM Mendarat Cemas Di Kem Gubir
-
Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan
pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik, Kedah, petang tadi.
Dalam kejad...
Sebar Semula !! Penysrah di label Bodoh oleh PH
-
Forum Statut Rom kecoh
Shakira Buang
4-5 minutes
------------------------------
Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala Lumpur
...
TUN SAKARAN DANDAI MEMBUAT KEJUTAN DI SEMPORNA
-
I was very shocked with a new video clip that has emerged attributed to
YABhg. Tun Sakaran Dandai, former Sabah Chief Minister and minister in the
feder...
14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
-
*14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14*
*1. Ekonomi Keperluan Rakyat*
》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani p...
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.
-
Ini disertakan beberapa BUKTI dan Link kenyataan- kenyataan berkaitan
Pakatan Harapan bersekongkol dan menyokong LGBT.
http://www.malaysia-today.net/musl...
Parti dedak Mahathir tak mampu gugat UMNO.
-
*2 Ogos 2016* - Hebat mana sangat parti dedak yang bakal diasaskan bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tu??? Mampu menggegarkan seluruh
dunia ...
AZMIN CHRONICLE : GAME OF THRONES (PT.2)
-
Apa bezanya bekas menteri besar, Khalid G, dengan yang baharu Mohamed Azmin
Ali?
Sepanjang pemerintahan Khalid G beliau dan seluruh pentadbiran kerajaan...
6 Projek setakat Ini Kuala Besut
-
Salam 1 Malaysia...
Apa Khabar warga Kuala Besut..? jangan lupa ya..Nanti Undi BN untuk
memudahkan kami merealisasikan projek-projek yang kami janjikan....
SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
-
Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia
teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis
dibela...
BloggerUMNO
-
asalam...blog ini aslnya owner kepunyaan Cybertroopers UMNO under Media
UMNO.. xperlu di tnya mcm mna blog nie telah beralih tuan.. tpi saya nk
tnjukn pada...
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN
-
Selain daripada bangsat Ng Wei Aik, Amir Ghazali dari PKR dan Yusni Mat
Piah dari PAS telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Mala...
0 comments:
Catat Ulasan