Program Berbuka Puasa Majlis Belia Kawasan Putrajaya

Pengerusi majlis Belia Putrajaya, Tun Faisal bergambar bersama belia Putrajaya ketika majlis Iftar di Alamanda semalam.


PUTRAJAYA, 15 Ogos, - Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) semalam telah menganjurkan iftar berbuka puasa bertempat di Alamanda, Putrajaya.

Program iftar yang dianjurkan dalam keadaan santai bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli belia dan mengiktiraf sumbangan ahli belia selama ini dalam penganjuran aktiviti melibatkan belia di sini.

Pengerusi MBKPj, Tun Faisal berkata, "Majlis Belia Putrajaya merupakan platfom terbaik untuk belia menyampaikan suara mereka kepada agensi dan pihak kerajaan. Penganjuran Iftar ini bagi mengiktiraf sumbangan ahli belia kawasan Putrajaya yang menjadi tulang belakang dalam apa jua aktiviti melibatkan belia selama ini".

"Disebabkan prestasi yang meyakinkan ini, ramai pimpinan muda telah dilahirkan dari Majlis Belia Putrajaya ke peringkat nasional. Diharapkan prestasi ahli belia ini mampu dikekalkan dan diharapkan dapat manjadi pemimpin yang berkalibel pada masa hadapaan,"katanya lagi.

MBKPj amat mengalu-alukan penglibatan lebih ramai belia untuk terlibat dalam aktiviti sosial di kawasan Putrajaya ini. -KalamPena/PjO


dipetik dari portal PUTRAJAYA ONLINE (PjO)

0 comments:

Catat Ulasan