Jawatankuasa Khas Pantau Ahli UMNO Sabotaj Calon BN


KUALA LUMPUR 19 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi UMNO akan membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana ahli parti yang mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden UMNO berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail.

Najib berkata, jawatankuasa yang akan diwujudkan itu turut bertanggungjawab memberikan definasi perbuatan khianat dan sabotaj terhadap parti. -UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan