Kerajaan Pembangkang Dianggap Munafik
KUDAT 14 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pembangkang boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan munafik kerana tidak menunaikan segala janji yang dibuat kepada rakyat.
Tegas beliau, terdapat tiga ciri orang munafik seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhamad SAW iaitu tidak bercakap benar, memungkiri janji dan apabila diberikan amanah dikhianati.
Beliau berkata, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah memungkiri janji, sebab itulah ungkapan Janji Ditepati digunakan secara meluas oleh parti itu.
"Pepatah Melayu ada menyebut, binatang dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya. Janji dan jaminan BN dibuat berdasarkan pada kemampuan kita.
"Janji yang dibuat tetapi tidak ditepati bukan sahaja akan dilaknat oleh Tuhan tetapi turut akan dihukum oleh rakyat," katanya pada majlis Jelajah Janji Ditepati di sini semalam.
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, pimpinan parti-parti komponen dan lebih 50,0000 rakyat yang memenuhi Kompleks Sukan Kudat.
Menurut Najib, Sabah amat unik dan mencerminkan gagasan 1Malaysia kerana walaupun mempunyai berpuluh jenis etnik, mereka masih mampu hidup dengan aman dan harmoni.
"Atas semangat 1Malaysia itulah, kita berjanji akan mengangkat Sabah menjadi lebih maju lagi. Jika sokong BN, Sabah akan terus membangun, ini janji kita dan ia akan ditepati," katanya. -Utusan
Sembang kencang siot. Tuhan laknat apa bagai seme terkeluar.
kah kah kah
Woittttttttttttttt.................... masa ko luluskan hub hiburan malam pernah tak terfikir bab laknat tuhan? Masa pru sarawak you help me i help u ada terfikir tak bab laknat tuhan? Masa enjoy 9 juta pusing dunia ada terfikir tak bab laknat tuhan?
kah kah kah
Lawak la pula piem najib. Aku bayangkan katak yang pongpang2 bercakap dia tue putera raja tapi dalam keadaan dia masih lagi mempunyai rupa seekor katak. Kelakar siot..
Time neh laknat Allah swt ke mana ceramah ustaz najib ke mana.. betul tak?
kah kah kah
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/10/najib-bagi-kuliah-agama-kat-pakatan.html#ixzz29LORx3QE