MCA Bantu Warga Emas Dapatkan BR1M 2.0


KUALA LUMPUR 9 Okt. - MCA Wangsa Maju dan Puchong akan membantu warga emas di kawasan masing-masing mendapatkan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M), bagi memastikan tiada yang tercicir dalam pengagihan kali ini.

Pengerusi MCA Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look berkata, pihaknya menerima aduan daripada segelintir penduduk, kebanyakannya warga emas, bahawa mereka tidak mendapat bantuan itu walaupun memenuhi syarat.

"Setelah meneliti aduan mereka, didapati kebanyakannya adalah tidak mengisi borang dengan lengkap seperti dibiarkan kosong pada ruang "bilangan anak" ataupun tulisan yang tidak jelas," katanya. -BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan