PANAS: Rahsia Bagaimana Suara Keadilan Beroperasi Terbongkar
SECARA tiba-tiba nama Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) menjadi perhatian kebelakangan ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari pembongkaran demi pembongkaran didedahkan oleh Presiden KWMM, DZULKARNAIN TAIB terutama yang melibatkan isu kapal selam Scorpene.
Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Suaram disifatkan sebagai mengancam keamanan negara dan sekali gus membenarkan pihak asing mencampuri urusan Malaysia.
Kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar IZHAM JAAFAR, bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan ini berkata, tindakan Suaram terus-terusan memfitnah kerajaan dalam isu itu adalah jelas bermotifkan politik.
Pengalaman berkhidmat dengan Suara Keadilan menyedarkannya betapa etika kewartawanan tidak diberi perhatian oleh organ parti pembangkang itu sebaliknya hanya menjadi saluran propaganda dan fitnah yang efektif.
“Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat," kata Dzulkarnain. [SELANJUTNYA]
0 comments:
Catat Ulasan