Video Di Sekitar Program TwtUp Bersama Pengerusi BNYCT Tun Faisal


PETALING JAYA, 18 Oktober - Seramai 100 orang pengikut twitter @TunFaisal telah hadir bagi sesi ramah mesra bersama Pengerusi BN Youth Cyber Team (BNYCT), Tun Faisal Ismail Aziz dalam program #TwtUpTF100K bertempat di Flaming Steamboat Buffet malam semalam.

Ketika menyampaikan kata-kata aluan, Tun Faisal berkata "BN Youth Cyber Team (BNYCT) adalah satu gerakan sukarela daripada rakyat untuk membantu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang".

Semua rakyat diseru untuk memberi bantuan kepada Barisan Nasional walaupun sekadar klik 'Like'.

Mengulas lanjut mengenai bantuan yang diperlukan daripada sukarelawan BNYCT, beliau berkata "Follow Twitter kepimpinan negara dan kongsi maklumat apa sahaja berbentuk sokongan kepada Barisan Nasional melalui media baru, maka anda sudah bergelar sukarelawan BNYCT."

Penganjuran #TwtUpTF100K ini adalah usaha rakan-rakan twitter @TunFaisal sebagai satu simbolik menghargai semua follower seramai 103,950 di samping dapat berkenalan lebih mesra bersama sukarelawan BNYCT.

Video Di Sekitar Program TwtUp Bersama Pengerusi BNYCT Tun Faisal


Mengenai program BNYCT yang akan datang, Tun Faisal berkata "BNYCT akan mengadakan bengkel yang akan mengumpulkan para sukarelawan bagi menjana dan mengumpul idea untuk membantu komuniti media baru dalam usaha menyokong dan memastikan kemenangan BN pada pilihanraya akan datang. BNYCT turut akan menganjurkan program Siber Kreatif bagi mencungkil bakat rakyat dalam usaha menyokong BN." -Media BNYCT

1 comments:

  • MMI says:
    19 Oktober 2012 pada 3:17 PTG

    Salam , Mohon utk sama2 berjuang dan mohon dilinkkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

Catat Ulasan