Balasan Daripada UMNO Kepada Doa Kehancuran Daripada PAS


ALOR SETAR - Sebagai membalas doa kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) oleh pemimpin dan ahli Pas di Kelantan kelmarin (Sabtu), UMNO Kedah semalam (Ahad) mendoakan agar semua umat Islam termasuk ahli-ahli Pas diberikan kesejahteraan oleh Allah SWT.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, parti itu tidak tergamak hendak mendoakan kehancuran kepada mana-mana pihak di negara ini kerana tindakan tersebut bertentangan dengan Islam.

"Kita tidak sampai hati hendak mendoakan kehancuran mana-mana pihak lebih-lebih lagi saudara seagama walaupun berbeza ideologi politik, sebaliknya kita doakan kesejahteraan kepada semua termasuk ahli-ahli Pas," katanya kepada pemberita selepas majlis pra pelancaran Fiesta Futsal Gelombang Merah 2012 di Pusat D'Futsal Titi Gajah dekat sini semalam. -UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan