DAP Pulau Pinang Cakap Tak Serupa Bikin


KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang terus menghalang beberapa media khususnya Utusan Malaysia membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) jelas membuktikan tindakan pembangkang yang `cakap tak serupa bikin’.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu jelas bertentangan dengan prinsip pembangkang yang kononnya memperjuangkan ketelusan, kebebasan bersuara serta kebebasan media.

"Kita dah tahu memang dia (pembangkang) cakap tak serupa bikin. Kita dengar prinsip perjuangan menjunjung ketelusan, ada CAT (slogan cekap, akauntabiliti, telus). Kononnya itu asas perjuangan tetapi amalan sebenar tak begitu.

"Kalau ada pihak-pihak yang kritik, mereka tak sedia terima. Inilah kita harus faham parti seperti itu boleh berkata sesuatu tetapi tak amalkan,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama sempena Forum Inovasi Sedunia - Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL 2012) di sini semalam. -UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan