Doa Pas Bukti Taksub Kuasa


KUALA LUMPUR - Tindakan Pas yang mendoakan kemusnahan terhadap UMNO membuktikan bahawa parti pembangkang itu terlalu taksub dengan kuasa sehingga sanggup mengetepikan persaudaraan atas nama akidah Islam.

''Mereka menyamakan UMNO seperti Namrud, Firaun, Qarun dan Abu Lahab. Mereka menuduh UMNO murtad. Mereka mahu Allah SWT membinasakan UMNO. Adakah wajar mereka memanjatkan doa seperti ini?'' kata wakil Pemuda UMNO Johor, Datuk Zulkaranain Kamisan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaian ucapan menyokong ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO dalam persidangan peringkat Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menurut beliau, sedangkan beliau berkata, al-Quran dan al-Hadis menuntut setiap umatnya bersaudara dan persoalannya mengapa ayat-ayat serta hadis-hadis ini tidak dijadikan sebagai pegangan.

Sehubungan itu beliau berkata, rakyat sebenarnya tiada pilihan kecuali memberi sokongan padu kepada UMNO dan BN pada PRU-13 kerana telah terbukti hanya UMNO sahaja yang mampu menggalas tugas membela Islam dan kepentingan orang Melayu. -UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan