Fitnah Pembangkang Tiada Kesan Kepada Felda


KUALA LUMPUR - Pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Felda tidak sedikit pun meninggalkan kesan berikutan segala tuduhan tersebut tidak benar dan bersifat politik.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menegaskan, sehingga kini, kepercayaan peneroka terhadap konglomerat itu masih utuh.

Katanya, bukti paling jelas, sebelum ini pembangkang pernah mendakwa Felda muflis sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

''Ini soal politik. Kita kena lawan dari segi politik dan bila habis pilihan raya nanti mereka akan diam.

''Kita buat perkara yang betul. Sudah tentu peneroka tak percaya dengan isu-isu yang dilemparkan itu," katanya.

Beliau ditanya kesan pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Felda dalam sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Sijil Pelajar Pusat Bahasa Inggeris Yayasan Felda 2012 di sini semalam. -Utusan

0 comments:

Catat Ulasan