Jawatankuasa Khas Ditubuh Kaji Isu Bayaran Hasil Petroleum


PUTRAJAYA - Kerajaan persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Ia akan dianggotai pakar undang-undang antarabangsa dan tempatan, wakil kerajaan negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Penubuhan jawatankuasa khas itu bertujuan mengkaji secara menyeluruh isu bayaran tunai dengan mengambil kira semua aspek yang dibangkitkan oleh negeri di pantai timur tersebut.

"Jawatankuasa itu dijangka akan menamatkan tugasnya dalam tempoh enam bulan bermula dari tarikh penubuhannya," jelas kenyataan itu lagi. -BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan