Kelab Untuk Penjenayah Dilancarkan?


KUALA LUMPUR - Kelab Menjenayahkan Perang, yang dilancarkan malam ini oleh isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, akan menjadi wadah kepada pelajar di seluruh negara untuk memahami tentang kesia-siaan peperangan.

Dr Siti Hasmah, yang juga pengasas kelab berkenaan (Bahagian Malaysia) berkata kelab itu, yang pertama seumpamanya, akan dikendalikan sendiri oleh pelajar sekolah dengan melaksanakan segala aktiviti dan program.

Menerusi kelab itu, Dr Siti Hasmah berkata kanak-kanak di Malaysia berpeluang untuk memahami bahawa perdamaian dan berdamai semula adalah cara yang lebih baik untuk menyelesaikan konflik.

"Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) akan bertindak sebagai mentor kepada kelab ini dan membantu mengawal aktiviti mereka dalam lingkungan matlamat yang ditetapkan itu," katanya. [SELANJUTNYA]

0 comments:

Catat Ulasan