Najib Mahu Keadilan Untuk Artis


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kajian semula dibuat berhubung struktur industri hiburan yang tidak memberi pulangan adil kepada artis tanah air.

Najib berkata beliau akan meminta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) mengemukakan cadangan bernas untuk membantu kerajaan membuat keputusan bagi membantu mewujudkan industri hiburan kepada kerajaan untuk memberi suntikan dana sebanyak RM2 juta kepada YA1M tahun ini, dan RM3 juta pada tahun depan bagi membolehkan yayasan tersebut melaksanakan aktivitinya.

Najib berkata dengan penubuhan YA1M dan sokongan daripada kerajaan, masa depan artis tanah air akan mendapat pembelaan yang lebih baik.

Beliau berkata artis dilihat sebagai ikon, tetapi hanya sebahagian kecil sahaja masyarakat yang faham bahawa hakikatnya, mereka juga merupakan insan biasa yang mempunyai keadaan pasang surut, turun naik serta suka duka sebagai anak seni. [SELANJUTNYA]

0 comments:

Catat Ulasan