Nurul Izzah Belum Cukup Matang


MELAKA - Soal agama tidak wajar dijadikan sebagai bahan untuk meraih simpati politik kerana ia secara tidak langsung boleh mengelirukan umat Islam.

Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Rabiyah Ali berkata, rakyat harus membuka mata dan menolak mentah-mentah apa yang dinyatakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mengatakan orang Melayu bebas untuk memilih agama.

Menurutnya, apa yang dinyatakan oleh Nurul Izzah itu jelas terpesong dan menyalahtafsir ayat al-Quran apatah lagi Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam.

"Saya pelik bagaimana seorang terpelajar seperti Nurul Izzah boleh membuat kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam.

"Ini membuktikan dia masih belum cukup matang dalam politik. Hanya kerana cuba meraih simpati politik untuk pilihan raya umum nanti, dia sanggup membuat kenyataan yang boleh memesongkan akidah umat Islam. -UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan