PANAS : DYMM Sultan Murka Dengan Nurul Izzah


SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam satu kenyataan lewat petang semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Subang Jaya, Sabtu lepas, berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu. [BACA SELANJUTNYA]

0 comments:

Catat Ulasan