Panas!! @N_Izzah Tidak Mahu Saman Siti Zabedah??


Kita tidak hairan sekiranya Nurul Izzah ingin menyaman Berita Harian dan Utusan Malaysia berhubung kenyataannya berhubung isu murtad di sebuah gereja tempoh hari. Apa yang menjadi persoalan, Nurul Izzah bersikap berat sebelah dan "double standard" apabila beliau tidak turut menyaman Malaysiakini versi English berbayar kerana "portal online" berkenaan adalah portal yang mula-mula mengeluarkan berita mengenai kenyataannya itu.

CTS ingin bertanya YB Nurul Izzah, bagaimana pula pendirian beliau mengenai kenyataan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim yang kecewa apabila Naib Presiden PGayR itu yang tidak mempertahankan kenyataannya bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu.

Menurut Siti Zabedah yang dipetik dari laman portal Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sepatutnya mempertahankan kenyataannya berhubung kebebasan beragama itu dan bukan ‘memusing’ 180 darjah. Katanya,

"Tiada apa yang salah mengenainya, beliau mengatakan kebenaran. Saya menjangka ‘hoo-ha’ selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, anda hanya perlu berpegang kepada kebenaran. Saya percaya Nurul Izzah cuba menarik perhatian orang ramai, dia tidak memikirkan tentang kesannya."

Adakah Nurul Izzah juga akan menutup mata mengenai kenyataan di atas dan tidak akan menyaman ahli majlis peguam, sebuah badan NGO yang selama ini menjadi tulang belakang yang mempertahankan Pakatan Haram?

SUMBER: CUCU TOK SELAMPIT

0 comments:

Catat Ulasan