PAU 2012 Harap Bangkit Semangat Dan Kesungguhan


KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung diharap dapat membangkitkan semangat kesepaduan dan kesungguhan ahli parti dalam menjayakan misi memenangi pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu penting kerana kemenangan pada pilihan raya umum akan datang bakal menentukan kelangsungan perjuangan parti keramat itu.

Katanya, beliau mahu melihat UMNO terus maju dan meneruskan usaha pembangunan negara yang telah direncana sejak dulu lagi.

"Saya harap perhimpunan kali ini akan membangkitkan semangat yang kuat dalam kalangan ahli dan melambangkan kesungguhan mereka menjayakan misi memenangi pilihan raya umum nanti.

"Kejayaan pada pilihan raya umum akan datang merupakan satu wadah yang sangat penting kepada parti dan saya berharap kejayaan itu milik kita," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam (Rabu). -UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan