Pemuda BN Lancar Tabung Gaza Dan Solat Hajat


KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pertubuhan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) melancarkan tabung 'Save Gaza Aman Malaysia' dan mengadakan solat hajat di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam (Khamis).

Pelancaran tabung tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin. Turut hadir, Pengerusi Aman Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid.

Solat hajat tersebut diadakan selepas solat maghrib dan bacaan Yasin. -UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan