Perjuangan Pas Yang Semakin Terpesong


KUALA LUMPUR - Sikap apologis Pas yang mempertahankan kenyataan atau tindakan rakannya dalam pakatan pembangkang walaupun ternyata salah khususnya dalam hal berkaitan Islam menyebabkan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan Islam.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, keadaan itu juga menyebabkan kadangkala timbul perbezaan antara akar umbi, Dewan Pemuda Pas dengan kepemimpinan parti.

Katanya, kecenderungan Dewan Pemuda serta akar umbi terhadap golongan ulama menambah lagi perbezaan dalam parti itu yang hari ini dibarisi banyak kepimpinan profesional.

"Perkara ini jika dibiarkan berterusan, akan menyebabkan Pas menjadi porak-peranda kerana dalam kalangan pemimpin Pas hari ini, mereka bersikap apologis apabila sentiasa mempertahankan kenyataan rakan pembangkangnya seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun ternyata silap. -UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan