TENGKU RAZALEIGH: BN Mampu Capai Kemenangan Pada PRU-13


GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.

"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU-13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.

"Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan