65% - Tahniah PM, Populariti DS @NajibRazak Makin Meningkat!!


SHAH ALAM - Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami peningkatan kecil daripada 64 peratus Mei lalu kepada 65 peratus bulan lalu, demikian menurut hasil kajian terbaru Merdeka Center.

Peningkatan itu dilihat ada kaitan dengan Bajet 2013 yang diumumkan Najib akhir September.

Kajian terbaru Merdeka Center ini dijalankan kira-kira sebulan selepas pembentangan Bajet 2013.

"Sebagaimana dijangka, kajian ini mendapati tahap puas hati ke atas Perdana Menteri bertambah baik di kalangan pengundi berusia 30 tahun, meningkat daripada 61 peratus pada Mei 2012 kepada 68 peratus pada November 2012.

"Peningkatan ini kemungkinan disebabkan fokus ke atas segmen pengundi ini, yang dijanjikan secara langsung dengan bantuan wang tunai, rebat untuk membeli telefon dan juga disebabkan anjuran karnival kerja, aktiviti sosial dan program-program hiburan," kata kenyataan Merdeka Center.

Bagaimanapun menurut Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, tahap populariti Najib di kalangan kaum Cina mengalami sedikit peningkatan berbanding kaum Melayu.

"Kajian kali ini didapati tahap populariti Najib di kalangan kaum Cina meningkat. Kemungkinan kerana bajet dan juga tiadanya sebarang isu besar sepanjang tempoh kajian," katanya lagi.

Ibrahim berkata, meskipun tahap puas hati ke atas Perdana Menteri masih tinggi, kajian ini juga mendapati bahawa pandangan pengundi ke atas kerajaan kekal tidak memuaskan, hanya 48 peratus responden mengatakan mereka "gembira dengan kerajaan."

Paras semasa tidak berubah berbanding situasi Mei lalu.

"Di kalangan orang Melayu, paras yang mengatakan mereka gembira dengan kerajaan merosot daripada 65 peratus kepada 63 peratus, tetapi angka membabitkan kaum India meningkat daripada 46 peratus kepada 52 peratus antara Mei dan November lalu," katanya.

1 comments:

  • MMI says:
    16 Disember 2012 pada 1:31 PTG

    Salam mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih

Catat Ulasan