Ahli Pas Songlap Duit Puluhan Juta???


Dari seorang bekas kerani sekolah yang tidak berpelajaran tinggi, Yusuf Hussin sekarang ini bergelar Senator. Dari seorang yang berbelit-belit pembohongnya dengan harta yang tidak seberapa, TRAGEDI MEMALI 1985 telah membuatkan Yusuf Hussin menjadi antara orang terkaya di Daerah Baling. 

Sikap pembohongnya, putar belitnya dan menghisap darah selain mencabuli kedaifan dan kenaifan sebahagian besar penduduk Baling, terutama sekali di Memali. Siapa Mohamad Yusof Hussin? Dia adalah seorang Senator Dewan Rakyat. Dia juga adalah orang yang paling berkuasa di Baling dan boleh diletakkan dalam kategori 'TIDAK BOLEH DISENTUH'. 

Orang ini juga pembesar PAS terpenting di Daerah Baling. Pelbagai jawatan disandangnya. Namun orang yang sama jugalah, yang telah dimetaforakan dengan pelbagai ciri-ciri heroism, termasuklah kononnya telah menyelamatkan salah seorang pegawai polis yang sekarang ini menjawat jawatan penting dalam PAS Kedah pada hari kejadian Tragedi Berdarah Memali 1985. TABUNG DERMA MEMALI adalah perkara yang paling sinonim dengan Yusuf Hussin. 

Terdapat banyak dakwaan pecah amanah, penyelewengan dan rompakan terhadap tabung yang telah digerakkan oleh PAS secara menyeluruh di seluruh Malaysia dan merupakan antara TABUNG DERMA YANG PALING BANYAK mengutip duit rakyat Malaysia, khususnya penyokong kuat PAS. Ketika dipersoalkan tentang tabung berkenaan dan isi kandungannya yang telah ghaib begitu sahaja, Yusuf Hussin berselindung di belakang beberapa orang pemimpin PAS Pusat, termasuklah bekas Presiden PAS, Fadhil Nor yang telah meninggal dunia bertahun-tahun lalu. Yusuf Hussin telah diarahkan agar menutup mulut dan tidak bercakap langsung tentang TABUNG DERMA MEMALI padahal, dialah orang yang paling berkuasa dalam tabung berkenaan. Dan yang paling aneh ialah apabila Hasan Abdul Razak,

YDP PAS Kulim-Bandar Bharu turut bercakap tentang tabung berkenaan dengan menyatakan kononnya, audit telah dibuat dan tiada sebarang kesalahan, penyelewengan atau penyonglapan dilakukan dalam semua urusan keluar masuk wang tabung berkenaan. 

Hanya kerana SPRM tidak bertindak, PAS Kedah, terutama sekali PAS Baling dan Kulim-Bandar Bharu mendabik dada kononnya mereka telah dibuktikan tidak bersalah. Benarkah dakwaan puak-puak ini? 

Atau sebenarnya mereka sedang ketakutan yang amat sangat sekiranya, siasatan dibuat secara intensif oleh SPRM dari Putrajaya tanpa penglibatan beberapa orang pegawai tinggi SPRM yang diketahui mempunyai hubungan yang amat kuat dengan kepimpinan PAS Pusat dan PAS Kedah? [SELANJUTNYA]

0 comments:

Catat Ulasan