Khalid Ibrahim Akui, Suka Pilih Bulu


SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bukan semua rakyat di Selangor berkelayakan untuk menerima manfaat daripada manifesto yang diisytiharkan kerajaan pembangkang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.
Beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri hanya bertanggunjawab menjaga kepentingan golongan yang kurang berkemampuan.

Contohnya ibu tunggal yang mempunyai pendapatan bulanan tinggi tidak layak untuk memohon bagi mendapatkan Skim Bantuan Ibu Tunggal di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), walaupun berada dalam dikategorikan yang sama, kata Khalid.

"Kita bagi duit untuk menolong rakyat yang miskin, mesti ada proses. Contoh berapa pendapatan rakyat miskin yang kita mahu tolong. Boleh jadi yang jutawan pun cakap dia miskin. 

"Umpamanya kita menolong ibu tunggal, tidak semestinya kita menolong semua ibu tunggal. Ada ibu tunggal berpendapatan tinggi. Ada yang jadi doktor. 

Anda perlu faham itu bezanya Umno dengan Pakatan Rakyat. Pakatan ada basis, jadi perlu ikut trend itu," katanya kepada pemberita.

Ketua Pembangkang negeri Selangor, Datuk Satim Diman yang dihubungi Antarapos sebelum ini mendakwa sumber kewangan yang tidak kukuh adalah faktor kerajaan PKR Selangor tidak mampu melaksanakan program-program rakyat sepertimana yang dijanjikan dalam manifestonya.

Beliau berkata Khalid mencari pelbagai alasan untuk mengenepikan hak rakyat Selangor yang dianggarkan berjumlah RM2.4 bilion keseluruhan sehingga terpaksa menukar polisi 'memberi' kepada 'menawarkan'.

"Saya ingat dia (Khalid) tidak mampu untuk beri semua sebab itu dia tukar dari pemberian kepada penawaran. 

"Bila penawaran, maksudnya siapa yang memohon, lulus, dia bagilah. Tapi bercanggah dengan manifesto. Manifesto kata pemberian, bukan penawaran," katanya. [SELANJUTNYA]

0 comments:

Catat Ulasan