Remaja Habis Duduki SPM Ditahan Bantu Kes Pecah Rumah Ketua Pemuda UMNO


BUKIT MERTAJAM : Seorang remaja lelaki yang baru habis menduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan berhubung kejadian pecah masuk rumah Ketua Pemuda UMNO bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini tiga hari lalu yang mengakibatkan kerugian lebih RM100,000. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, remaja itu ditahan semalam di Permatang Pasir.

"Pelajar itu tinggal di kawasan yang sama dengan rumah Ketua Pemuda UMNO berkenaan. Dia kini direman bagi membantu siasatan," katanya. 

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian itu dilakukan lebih daripada seorang kerana peti besi yang mengandungi barangan berharga yang dilarikan dari rumah Mohd Zaidi Mohd said, 43, agak berat untuk diangkat hanya seorang individu. 

Antara barangan yang dilapor dilarikan ialah barang kemas, jongkong emas, komputer riba, geran tanah dan pelbagai dokumen lain serta sebuah motosikal. -BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan