Tu Dia! Jawapan untuk Abby Abadi Yang Mempertikaikan 22 Tahun Pemerintahan Tun M


Penghijrahan Abby Abadi, seorang pelakon wanita tanah air dengan bertudung sangat disukai oleh masyarakat dan peminatnya. Siapa yang tidak suka atau menentang seseorang yang menuju ke arah kebaikan? Sebagai seorang 'public-figure' yang menjadi ikutan, pasti ramai yang akan menyokongnya.

Tetapi apabila dia menceburkan diri dalam bidang politik dengan menyertai parti Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, ramai yang tidak senang dengan kenyataan Abby Abadi. Sehinggakan dia nampak dan dianggap sebagai alat untuk parti tersebut meraih populariti atau publisiti murahan semata-mata.

Baru-baru ini pun, dengan menggunakan akaun twitter miliknya, Abby dengan angkuh mempertikaikan seorang tokoh pemimpin Islam Malaysia yang digeruni di luar sana. Ini menunjukkan ketidak-ikhlasan Abby dalam berpolitik dengan mengeluarkan kenyataan mempertikaikan Tun Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin Islam.

Oklah Abby dan Ustaz Dr Khairuddin . Tanggungjawab pemimpin selama 22 Tahun tak ada Islam ?

Secara lahiriah, pembanggunan yang pesat harus diselarikan dengan Islam. Menara KLCC itu dibina mengikut ukiran dan ciri Islam. Masjid As-Syakirin dibina bersama dengan banggunan itu.

Nak menunjukkan, tinggi mana pun kita, harus kembali kepada pencipta - itulah Mahathir buat.

Di Putrajaya, perkara pertama yang siap, masjid Putra. Sama macam hijrah Rasullulah ke Madinah, perkara pertama yang dibina ialah Masjid. itu belum lagi yang lain-lain dalam Putrajaya yang saya pernah cerita sebelum ni.

Itu belum dicreritakan kelas-kelas agama, masjid, sekolah agama, kelas fardhu ain yang beliau buat sejak jadi Menteri Pelajaran.

Saya tak nak cerita tu semua. Dalam pentadbiran pun, beliau tekankan ciri-ciri Islam seperti jujur, amanah, kepimpinan melalui teladan, bersih, cekap, tidak menerima sogokan, tidak mengguna agama untuk kepentingan diri, itu semua dalam Al-Quran.

Malah, segala dasar luarnya ? Mengerunkan pihak musuh Islam dan Yahudi.

Itu belum lagi sumbangan dan pengorbanan beliau di negara-negara Islam dan membantu umat Islam lagi.

Hudud? Rasanya surat kepada Nik Aziz pun dah tersebar. Ustaz Kazim dan beberapa ulama' lain pun dah terangkan maksud sebenar Mahathir.

Oklah. Soalan saya (Harap ada sampaikan kepada dua manusia ini) : NYATAKAN SUMBANGAN PAS DAN NIK AZIZ KEPADA DUNIA ISLAM DAN ISLAM DI MALAYSIA. NYATAKAN 5 PUN DAH CUKUP. BUKAN YANG AKAN... TAPI YANG TELAH.... RASANYA NIK AZIZ LAGI LAMA JADI MB DAN MURSYIDUL PAS. [SETERUSNYA]

1 comments:

  • say BIG NO to PEMBANGKANG says:
    11 Disember 2012 12:54 PG

    LAAA ... BUANG MASA JER REVIEW ABBY ABADI NI PUNYA TULISAN YANG LANGSUNG TIDAK ADE NILAI2 ILMU. CUKUP LA JGN ULAS LAGI DIA BUKANNYA SEORANG YANG TERPELAJAR PUN KENAPA KITA TERLALU SUKA MENUNJUK KEPANDAIAN ??? LENGKAP DGN FAKTA2 ITU INI... RAMAI YANG TAU BETAPA DANGKALNYA KEPALA HOTAK DIA NI TAPI KITA YG MEMBUAT DIA LAGI BERSEMANGAT UTK MENERUSKAN CARUT MARUTNYA KEERANA MENYANGKA APA YG DITULISNYA ADALAH HASIL HEBAT YG MAMPU MEMBUKA MATA KHALAYAK... DIHARAP INILAH KALI TERAKHIR KITA MELAYAN SAMPAH DRP PAS INI....

Catat Ulasan