Pemuda UMNO Kecam Insiden Penurunan Bendera Gambar Presiden UMNO
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap dan melampau oleh peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) petang semalam yang telah menurunkan bendera yang memamparkan gambar Presiden UMNO, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, dan menggantikannya dengan bendera himpunan mereka.
Tindakan sedemikian memaparkan bahawa kumpulan ini langsung tidak matang dan bertanggung jawab malahan mencabul etika dan adab ketika mengunjungi mana-mana tempat.
Bagi Pemuda UMNO, kami konsisten dalam memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa dengan seruan agar pindaan dilakukan ke atas AUKU bagi memberikan peluang dan pengiktirafan kepada mahasiswa untuk melibatkan diri di dalam politik. Namun dalam kita merai serta menyamarakkan semangat keterbukaan dan penyertaan ini, jangan pula ada yang mencemar mahupun memperlekehkannya dengan perlakuan yang tidak mencerminkan tindakan dan pertimbangan yang matang...
0 comments:
Catat Ulasan