Pinjaman Bank Dunia: Penipuan @RafiziRamli dipatahkan!





Saya ketawa besar apabila melihat kenyataan akhbar Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mengenai pinjaman Bank Dunia. Hairan, bagaimana PKR mempunyai seorang pengarah strategik yang gagal membuat kajian yang terperinci dan memahami konteks Krisis Mata Wang pada tahun 1998. Andaian saya satu sahaja, pada waktu itu Rafizi baru berumur 21 tahun, masih belajar dan tidak berada di Malaysia untuk benar-benar memahami apa yang berlaku.

Biarlah kita jelaskan kepada Rafizi, pertamanya - Malaysia telah menerima bantuan teknikal dan pinjaman-pinjaman untuk sektor sosial dan pendidikan dari Bank Dunia sejak tahun 1970-an lagi kerana pada waktu itu Bank Dunia memberi pinjaman bernilai tinggi kepada negara-negara yang sedang membangun. Pada tahun 1999, Malaysia masih menerima bantuan teknikal yang sama dan juga pinjaman yang sama dari World Bank, tanpa sebarang syarat yang boleh menyebabkan negara tergadai.

Apabila berlaku Krisis Mata Wang Asia pada tahun 1997, IMF mengumpul dana dari pelbagai sumber rasmi termasuk dari IMF sendiri, Bank Dunia dan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya dan menawarkan bantuan kewangan ini dengan syarat-syarat yang `menggadaikan negara' - ini yang dimaksudkan sebagai menjadikan `negara terjajah semula secara ekonomi'. (Lihat syarat-syarat yang dikenakan oleh IMF untuk memaksa Korea membuka ekonominya di sini.)

Tawaran ini dikenali juga sebagai `Rescue Package' ataupun Pakej Penyelamat yang ditaja oleh IMF.

Ketika negara-negara jiran sudah mula menerima tawaran IMF ini kerana tidak mampu bertahan dengan serangan spekulator mata wang asing, Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad masih bertahan kerana tidak mahu menggadaikan negara ke tangan kapitalis dunia, walaupun diberitakan Menteri Kewangan ketika itu berulang kali memuji-muji IMF dan melaksanakan preskripsi IMF dan Bank Dunia tanpa bantuan daripada mereka.

Sebaliknya Tun Dr Mahathir mengambil langkah yang berbeza, iaitu;

1. memperkenalkan `currency pegging' yang menambat nilai mata wang Ringgit Malaysia kepada nilai tertentu agar kegiatan spekulasi mata wang dapat dihalang

2. memperkenalkan kawalan modal

3. menurunkan kadar faedah bank ketika itu yang menyebabkan begitu banyak syarikat milik warga Malaysia bankrap dan berada dalam keadaan tenat

4. melaksanakan langkah-langkah susulan untuk meningkatkan semula pertumbuhan bidang ekonomi yang indikator utama ekonomi negara ketika itu.

Semua ini dilakukan dalam keadaan penuh kepayahan kerana Malaysia menolak paksaan kapitalis dunia yang mahu menjajah negara menggunakan senjata ekonomi dan globalisasi yang masih belum difahami ketika itu.

Jangan kita sekali-kali lupa pada tahun 1997, apabila ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang sehingga ia jatuh menjunam dan memiskinkan semua pihak di dalam negara, pada 21 Ogos 1997 Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu sektor pembinaan menyusut sebanyak 23.5 %, pengeluaran menyusut 9 % dan pertanian 5.9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6.2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia masih merupakan negara terpantas pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.

Semua ini hasil kebijaksanaan Tun Dr Mahathir dan keberanian beliau menggunakan kaedah un-orthodox bagi menyelamatkan negara. Anwar Ibrahim? Kenyataan dan tindakannya ketika itu menyebabkan ramai yang menganggapnya tidak lebih dari boneka pihak tertentu. (Baca artikel ini untuk menghayati kebijaksanaan Tun Dr Mahathir.)

Bagaimana saya tahu semua ini? Berbeza dengan Rafizi yang masih belajar di luar negara, ketika itu saya sudah bekerja dan dapat melihat sendiri kesan terhadap ekonomi dan perniagaan di dalam negara, termasuk syarikat tempat saya bekerja, sebelum dan selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih portfolio Menteri Kewangan dari seorang Menteri yang tidak kompeten (baca tulisan ini) dan mahukan preskripsi IMF digunakan.

Di mana kegagalan Rafizi?


1. Tun Dr Mahathir tidak pernah menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah menerima pinjaman Bank Dunia, tetapi pinjaman yang secara tradisinya telah diterima sejak tahun 1970-an tanpa syarat-syarat yang boleh menyebabkan negara terjajah semula.

2. Rafizi gagal membezakan di antara `pinjaman tanpa syarat yang menekan' dan Rescue Package IMF/Bank Dunia/negara maju dengan pelbagai syarat yang boleh menggadaikan negara 

3. Tun Dr Mahathir tidak pernah menulis surat memohon dan menerima Rescue Package, seperti yang dilakukan oleh sejumlah Presiden dan Perdana Menteri negara-negara Asia ketika itu. Jika surat sedemikian ada - SILA MINTA Anwar Ibrahim tunjukkan kerana sebagai penasihat kepada Bank Dunia sudah pasti Anwar boleh mendapatkannya dengan mudah!

Rasanya lebih mudah mencari surat itu, berbanding mencari JAM OMEGAnya yang hilang baru-baru ini.

0 comments:

Catat Ulasan